Friday, October 23, 2009

Kembali..

hari ini, hari ke 5 selepas syawal..
ari ini (sabtu) masih ada jemputan ke 'open house', esok (ahad) juga ada 2 jemputan..
seperti kebiasaan, jarang sekali pergi ke jemputan tersebut, biasanya akan ke sana semasa abis, biasanya sebelah petang..tujuannya 'tunjuk muka'........

otw ke utim, berhenti d McD beli sedikit minuman sebagai bekalan...
disana, jmpa seorang kwn lama semasa sekolah menengah, lelaki..

kwn: lbh 10 thn xjmpa ko.
aku: btl la..
kwn: muka ko xbyk berubah..
aku: btl la tu..
kwn: aku ada dgr jgk hal ko dr kwn2 kita di pantai (tmpt tinggal dahulu)
aku: apa ko dgr..
kwn: ko jauh berjaya skg..
aku: aku yg berjaya..
kwn: ko belajar tinggi, keje pun pegawai bank..
aku: tu biasa je..ko pun berjaya jgk aku tgk skg..ada 2 hero, 1 permaisuri..berjaya tu..
kwn: tu, ko pun sama..
aku: aku xleh lama, sbb ada keje sket, kita jmpa n minum smula, blh sembang lama..
kwn: aku tinggal d SA, seksyen 7..
aku: bagus tmpt tu..
kwn: ye la ko..
aku: bagus la tu, sekurangnya ko ada umah di SA lg tu..lupa tanya, ko keje apa skg..
kwn: dispech, lawyer firm..ko keje apa? ke d uitm ke?
aku: x..smbg study d sana..keje niaga sendiri..
kwn: btl la aku ckp td, ko jauh berjaya dari kwn2 kita dulu..malu aku ckp dgn ko..
aku: ngarut la ko ni..ko patut malu kat ko sendiri sbb ckp mcm tu..
kwn: niaga apa ko..
aku: consulting..
kwn: waaaa...power tu..ngajar org untuk berjaya la ye..btl la aku ckp, ko jauh berjaya skg zam..
aku: ok la Din, ni kad aku, kita jmpa smula, minum n sembang lama sket..aku ada janji ni..
aku: ko pun aku yakin dh berjaya, cuma ko xckp je..lgpun berjaya kn mmg tuk kita..confirm kita dptnya..
kwn: pandai la ko ckp...
aku: ok din..kita jmpa smula..salam kat wife ko..

sejak sebulan ini, bermula sebulan sebelum puasa, aku ada jmpa dgn 4 org kwn lama sewakti sek menengan dulu..bebrapa kwn lain jmpa d FB..

semua kwn2 ni, tidak byk berubah dari segi gaya hidup sewaktu kami d kerinchi dulu..
barangkali, penghijrahan aku itu adalah sesuatu yg baik tuk aku dan apa yg mereka lihat aku skg..dlm keluarga juga aku byk berbeza..perbezaan itu, membuatkan aku sll 'diangkat ke atas'..

benar juga kata ilmuan, hijrah itu suatu tuntutan..

Saturday, September 12, 2009

22ramadhan1430, 12Sept.09

10 hari terakhir ramadhan..
Alhamdulillah, aku lalui ramadhan dengan penuh kekuatan diri, muhasabah masa lalu, bersedia untuk mendaki kemungkinan hari hadapan..barangkali, masih ada lagi ramadhan untuk aku di tahun hadapan???

tahun 09 ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. tahun kebiasaannya, bebanan kerja biasanya kurang, masa bekerja juga kurang, kos kewangan juga jimat, masa untuk aku tido dan rehat juga banyak dan sebenarnya berlebihan tp tahun 09 ini, sebaliknya berlaku..setakat masa ini menulis, 22 hari ramadhan berlalu, hanya 4 hari sahaja aku tido awal (awalnya kebiasaannya pukul 11mlm), lebihannya waktu tido ku, selepas subuh dan bangun pukul 8pg, meneruskan kerja rutin..10mlm baru ku tiba di rumah semula..penat sebenarnya!!!

penat yang dirasai, 'bahagia' yang tersembunyi!!!

kul 5ptg, di surau pkns bangi, masih ramai sahabat-sahabat menunaikan tuntutan, hampir memenuhi ruang, 21 haris sebelum ini, ku lihat biasa sahaja..seorang sahabat bersembang dengan ku, awalnya aku berkata, 'ramai plk org hari ni'..katanya begini..
''bang, 10 hari akhir ni, kita kene lebih ibadah, manalah tau, dapat hidayah tuk kita..cmne bang..''

aku hanya senyum, sedikit aku mengulas..''bkn ke ibadah tu tuk mencari redha tuhan, bkn tuk kita kejar janji tuhan..''

sahabat tu menjawap..''btl dh tu, tp kita kena kejar jgk janji dia tu''

selepas tu, aku hanya tersenyum..

teringat pesan 9 tahun yang lalu...azam, hang (panggilan engkau oleh org kedah) kena sembungi ibadah, apa2 kerja hang buat, niat untuk cari redha dan hanya untukNya, jangan sbb nk msk syurga..

selepas itu, sekali lagi aku termenung...

Tuesday, September 8, 2009

18ramadhan1430, 08sept.09

ari ini aku belajar sesuatu, dijemput oleh seorang MD syarikat kepentingan kerajaan. diawal jemputan, aku merasakan beliau ingin menerangkan sesuatu ttg projek yg di ingin di-offer pada aku..sedikit persiapan ku buat, rasanya cukup untuk di buat sebagai senjata..

sepanjang aku berbual dgnnya, hampir 2 jam aku d sana, hanya +-10minit sahaja bercerita ttg kerja yg ingin di tawarkan pada aku, selebihnya ttg hal lain, yg banyaknya ttg keusahawanan dan ttg nilai dalam diri..dalam 2jam bersama, hmpr lebih 10 kali, dia memuji ttg nama syarikat, kekuatan syarikat dan ttg aku..

..beliau menghantar ku ke pintu sewaktu pulang..

bebrapa langkah dari pintu pejabat, sementara tunggu lif terbuka, terlintas difikiranku..
benarkah semua pujian adalah kebenaran untuk aku terima sebagai pujian, atau sebaliknya..

ini sgt merisaukan aku!!!!

Tujuan di Blog ini....

ingin merakamkan seluruh perjalanan kejayaan kehidupan, sebagai ketua keluarga dan kejayaan serta dalam perniagaan...
Dedikasi Untuk semua sahabat-sahabat yang TELAH dan AKAN bersama dalam menuju visi yang SATU...


Jadilah Yang Terbaik...

'...kalau kau tak boleh menjadi sepohon cemara di puncak gunung
jadilah sepohon melati di tepi bukit
kalau kau tak boleh menjadi sepohon melati di tepi bukit
jadi lah selengkar belukar di pinggir lembah
jadilah setompok rumput
buat menghias di tepi halaman...'


Partner in The Learning Process...