Saturday, September 12, 2009

22ramadhan1430, 12Sept.09

10 hari terakhir ramadhan..
Alhamdulillah, aku lalui ramadhan dengan penuh kekuatan diri, muhasabah masa lalu, bersedia untuk mendaki kemungkinan hari hadapan..barangkali, masih ada lagi ramadhan untuk aku di tahun hadapan???

tahun 09 ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. tahun kebiasaannya, bebanan kerja biasanya kurang, masa bekerja juga kurang, kos kewangan juga jimat, masa untuk aku tido dan rehat juga banyak dan sebenarnya berlebihan tp tahun 09 ini, sebaliknya berlaku..setakat masa ini menulis, 22 hari ramadhan berlalu, hanya 4 hari sahaja aku tido awal (awalnya kebiasaannya pukul 11mlm), lebihannya waktu tido ku, selepas subuh dan bangun pukul 8pg, meneruskan kerja rutin..10mlm baru ku tiba di rumah semula..penat sebenarnya!!!

penat yang dirasai, 'bahagia' yang tersembunyi!!!

kul 5ptg, di surau pkns bangi, masih ramai sahabat-sahabat menunaikan tuntutan, hampir memenuhi ruang, 21 haris sebelum ini, ku lihat biasa sahaja..seorang sahabat bersembang dengan ku, awalnya aku berkata, 'ramai plk org hari ni'..katanya begini..
''bang, 10 hari akhir ni, kita kene lebih ibadah, manalah tau, dapat hidayah tuk kita..cmne bang..''

aku hanya senyum, sedikit aku mengulas..''bkn ke ibadah tu tuk mencari redha tuhan, bkn tuk kita kejar janji tuhan..''

sahabat tu menjawap..''btl dh tu, tp kita kena kejar jgk janji dia tu''

selepas tu, aku hanya tersenyum..

teringat pesan 9 tahun yang lalu...azam, hang (panggilan engkau oleh org kedah) kena sembungi ibadah, apa2 kerja hang buat, niat untuk cari redha dan hanya untukNya, jangan sbb nk msk syurga..

selepas itu, sekali lagi aku termenung...

Tuesday, September 8, 2009

18ramadhan1430, 08sept.09

ari ini aku belajar sesuatu, dijemput oleh seorang MD syarikat kepentingan kerajaan. diawal jemputan, aku merasakan beliau ingin menerangkan sesuatu ttg projek yg di ingin di-offer pada aku..sedikit persiapan ku buat, rasanya cukup untuk di buat sebagai senjata..

sepanjang aku berbual dgnnya, hampir 2 jam aku d sana, hanya +-10minit sahaja bercerita ttg kerja yg ingin di tawarkan pada aku, selebihnya ttg hal lain, yg banyaknya ttg keusahawanan dan ttg nilai dalam diri..dalam 2jam bersama, hmpr lebih 10 kali, dia memuji ttg nama syarikat, kekuatan syarikat dan ttg aku..

..beliau menghantar ku ke pintu sewaktu pulang..

bebrapa langkah dari pintu pejabat, sementara tunggu lif terbuka, terlintas difikiranku..
benarkah semua pujian adalah kebenaran untuk aku terima sebagai pujian, atau sebaliknya..

ini sgt merisaukan aku!!!!

Tujuan di Blog ini....

ingin merakamkan seluruh perjalanan kejayaan kehidupan, sebagai ketua keluarga dan kejayaan serta dalam perniagaan...
Dedikasi Untuk semua sahabat-sahabat yang TELAH dan AKAN bersama dalam menuju visi yang SATU...


Jadilah Yang Terbaik...

'...kalau kau tak boleh menjadi sepohon cemara di puncak gunung
jadilah sepohon melati di tepi bukit
kalau kau tak boleh menjadi sepohon melati di tepi bukit
jadi lah selengkar belukar di pinggir lembah
jadilah setompok rumput
buat menghias di tepi halaman...'


Partner in The Learning Process...