Tuesday, August 23, 2011

Rezeki Datang Lagi...

Disaat menulis ini, jam menunjukan 4.10am, 24 ramadhan 1432, sedang cerita layan cerita Hantu Raya@astro ria.. sekadar melayan telinga untuk tidak terlalu sunyi dan mengisi kekosongan rumah buat seketika untuk waktu ini...

seperti tahun2 yang lain, kedatangan ramadhan, mengundang juga kedatangan rezeki-rezeki lain dan harapan untuk berehat dan menumpu banyak dalam kehidupan ramadhan, jarang sekali aku ketemui..ramadhan kali ini, bukan sahaja dihujani dengan bebanan kerja dan 'temujanji' perniagaan, dari utara ke selatan jauhnya tapi juga kehadiran insan baru yang mengisi ruang masih kosong lagi dalam keluarga aku..

Nurul Ardini binti Noor Azam lahir pada 20 ogos 2011, sabtu jam 2.58am..kehadiran bunga dalam keluarga menjadikan aku rasa sangat gembira, bkn sahaja gembira melihat zuriat aku dihadapan mata, tapi melihat isteri aku yang terlalu gembira dengan kelahiran kali ini...barangkali, harapan untuk mendapat anak perempuan adalah sangat besar..Allah SWT izikan dengan dengan rahmatNya...alhamdulillah..

ramadhan 1432 ini juga, aku membuat keputusan besar dalam kehidupan sekali lagi dengan menyambung pengajian keperingkat Phd..tangga akhir dalam pengajian dunia formal, dalam bidang yang aku akan pelajari sedalamnya.! sebaiknya juga!

dua rezeki gembira ini juga aku rasai dengan penuh kesyukuran, barangkali Allah SWT makbulkan doa aku kali ini lagi..tapi ikhlasnya, kegembiraan ini bukan sahaja dirasai dengan gembira tapi juga ketakutan. takut sebenarnya aku memikul tanggungjawap sebagai bapa kepada anak-anak aku, pada masa yang sama, tanggungjawap sebagai pelajar juga perlu aku lunasi dengan sebaik mungkin..

>> kadangkala, kegembiraan yang ada adalah ketakutan yang tersembunyi..

dalam meneliti jalan-jalan rezeki ini, aku selalu teringatkan ayah aku, lelaki yang aku selalu jadikan semangat untuk terus berjuang memperjuangkan cita-cita dan harapan kehidupan..

buat samsudin bin fatimah, anak mu sekali lagi cuba melunasi janji dan harapan abah yang ke-2 (belajar setinggi mungkin)

Tujuan di Blog ini....

ingin merakamkan seluruh perjalanan kejayaan kehidupan, sebagai ketua keluarga dan kejayaan serta dalam perniagaan...
Dedikasi Untuk semua sahabat-sahabat yang TELAH dan AKAN bersama dalam menuju visi yang SATU...


Jadilah Yang Terbaik...

'...kalau kau tak boleh menjadi sepohon cemara di puncak gunung
jadilah sepohon melati di tepi bukit
kalau kau tak boleh menjadi sepohon melati di tepi bukit
jadi lah selengkar belukar di pinggir lembah
jadilah setompok rumput
buat menghias di tepi halaman...'


Partner in The Learning Process...