Thursday, April 23, 2020

Ramadhan 2020 #stayathome

Ramadhan #1

Menariknya 2020 ini, saya ramadhan dimana Malaysia kena Covid-19. Malaysia kena PKP. kebetulannya, PKP-4 ini kena pada waktu ramadhan. it's ok.

Paling menarik, saya ramadhan kali dengan ber-3. Tambah seorang lagi insan bernama Nafasha Alana  Binti Noor Azam. Pada masa ini ditulis, usianya 70 hari. Gembira & suka siada bahasa nak diucap. Saya seperti basa, jasad yang lahir untuk sukar mengzahirkan apa dalam hati.

apa pun keadaan, ramadhan setiap tahun mengundang kenangan. selain masa & waktu yang lebih banyak di rumah, selebihnya masa untuk saya melihat kehadapan. seperti melihat sesuatu dihadapan. beberapa hari ini, saya banyak bercerita tentang usia. mungkin benar, faktor usia mengundang perubahan. sekarang saya rasainya..........

selain dihadapan, kadang-kadang juga saya terlihat dibelakang. kenangan ramadhan ditahun-tahun yang lepas sukar saya lupakan. banyak sudah saya lalui sebenarnya......

Friday, May 10, 2019

Cinta itu dari Taman

Taman yang indah itu pasti ada bunga yang cantik...

Kalau nak tangkap ayam, *jangan kejar* nanti kita penat dan ayam pun lari. Taburlah beras atau makanan, nanti terkedek-kedek ayam datang.

Begitulah Rezeki,

Keluarkan lah sedekah, nanti *Rezeki akan datang menghampir tepat waktu.*

Kalau ingin *memelihara* kupu-kupu,
Jangan tangkap *kupu-kupunya,*
pasti ia akan terbang.

Tetapi *tanamlah* bunga. Maka *kupu-kupu* akan datang sendiri dan *membentangkan* sayapnya yang *indah.*

Bahkan *bukan hanya* kupu-kupu yang datang, *tetapi kawanan* yang lain juga datang :
*lebah,*
*pepatung,*
*dan lainnya,*
*juga akan datang*
menambah warna warni keindahan.​

Sama halnya dalam *kehidupan* di dunia ini. Ketika kita menginginkan *Kebahagiaan* dan *Keberuntungan,*

Tanamkan *kebaikan* demi *kebaikan, kejujuran* demi *kejujuran,*

*Maka kebahagiaan dan keberuntungan akan datang anugerah langsung dari Allah.*

Selagi kita masih hidup, mari kita membangun *taman-taman bunga kita,* 

#cut&paste tapi kata yang menarik.
939am, Millennium Hotel, Dubai

Tuesday, May 7, 2019

Umrah ini Satu Wayang

Kali pertama aku ke umrah adalah pada Dec 2016. Sebelum itu, ada niat. 3 kali rasanya tapi semua batal. Alasan, kebetulan ada project mari...

2019 kali ke 3 aku ke umrah. Sewaktu yang pertama, sudah mula tanam niat untuk pergi setiap tahun. Tanpa apa pun alasan, aku kena pergi setiap tahun. Sehingga kini Allah makbulkan doa aku ni..
Rupanya tekad itu manifestasi makbul doa dariNya.

3 kali aku disini, ada perkara baru aku belajar. Tapi 3 perkara sangat pasti Dan konsisten.
Mecca ini bukan tempat yang damai.
Mecca ini bukan tempat yang tenang.
Mecca ini adalah wayang Gambar besar.

So, mecca tempat apa...?
... Mecca adalah tempat manusia yang sangat selfish. Memohon apa saja untuk dirinya. Semua tentang dirinya.
Maha suci Dia, yang mengetahui tentang kebenaran & hati manusia...

Membaca, melihat & memerhati adalah satu ibadah disini; terutama bagi kita yang berfikir.

Ada sesuatu yang tersimpan dalam hati ini. Suatu hari yang baik nanti, aku kongsikan; semestinya tentang umrah & mecca ini..

1.48pm, Masjidil Haram

Nazam Kembali...


Dedikasi untuk sahabat-sahabat yang berjuang dalam kehidupan yang penuh maksiat, pura-pura, sendiwara dan pengkianatan..

buat sahabat-sahabat ku, kita jalan terus..!!!



Pulang Si Tenggang....

jarak jasmani yang kutempuh ini
adalah perjalanan jiwa,
pemindahan diri dari tanah asal
ke negeri yang dikumpul oleh mata dan akal.
ilmu yang kukutip darinya
adalah ilmu pendatang,
yang belajar melihat, berfikir
dan memilih dari antara kenyataan
yang selalu berubah wajah.

benar, aku pernah berlaga suara
dengan ibu atau nenekku,
tetapi hanya setelah berkali memerikan rumit keadaan
yang tidak mereka cuba fahami  –
isteri yang mula kucintai di laut kesepian
di sempadan yang mengasingkan,
mereka telah bawa kepada prasangka.
aku tidak pulang sepenuhnya, aku tahu,
setelah dirubah waktu dan persekitaran,
dikasarkan oleh kepayahan, dianehkan oleh perpisahan.

tapi lihat,
aku mengangkut diriku pulang
setelah diperbesarkan oleh rasa percaya,
dilebarkan oleh tanah dan bahasa-bahasa.
aku tidak lagi takut kepada lautan
atau manusia lain-cara,
tidak mudah disesatkan
oleh bicara atau gagasan.
perjalanan tegak sebagai guru di geladak,
yang tidak enggan memaknakan
kebudayaan atau kelainan.
lihat, aku seperti kau juga
masih melayu,
peka pada apa
yang aku percaya,
dan lebih sedia memahami
daripada adik atau abangku.
muatan kapal ini juga buatmu,
kerana aku pulang.

perjalanan menjadikan aku pemilih,
pencari yang sering tidak menerima
daripada tangan yang tidak jujur,
atau yang mengungkit bayaran dari peribadi.
setelah tahun-tahun di lautan
aku belajar memilih-beza,
menerima hanya yang teruji bandingan
atau seciap dengan bijak datukku
yang membawaku pulang
ke kampung dan kesempurnaannya.

aku sudah belajar
jadi kurang ajar,
memeluk kenyataan dengan logika baru
berdebat dengan hujah
pejal dan nyaring, tapi juga
menghulur santun,  menghargai,
manusia dan kehidupan.

aku bukan manusia baru
tidak terlalu
berlainan daripadamu,
hanya penghuni dan kota
di pantai-pantai pelabuhan
menuntut bahawa aku tidak
bermenung di depan keasingan,
rusuh diserang kepayahan,
atau gerun kepada kemungkinan.

aku adalah kau
yang dibebaskan pagar kampong,
tanah dan istiadat,
merdeka, kerana aku telah menemui diri.


10.16am, Nazam Umrah @ Mecca


Nazam is Back....

am back...

10.07am@ Elas As Salam Hotel, Mecca

Monday, May 6, 2019

Melayu...


Melayu - Usman Awang

MELAYU...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang


Next Post...

Net Post...

Tujuan di Blog ini....

ingin merakamkan seluruh perjalanan kejayaan kehidupan, sebagai ketua keluarga dan kejayaan serta dalam perniagaan...
Dedikasi Untuk semua sahabat-sahabat yang TELAH dan AKAN bersama dalam menuju visi yang SATU...


Jadilah Yang Terbaik...

'...kalau kau tak boleh menjadi sepohon cemara di puncak gunung
jadilah sepohon melati di tepi bukit
kalau kau tak boleh menjadi sepohon melati di tepi bukit
jadi lah selengkar belukar di pinggir lembah
jadilah setompok rumput
buat menghias di tepi halaman...'


Partner in The Learning Process...