Thursday, August 19, 2010

10 Ramadhan 1431 @ 20 Ogos 2010

alhamdulillah, sekali lg dapat aku menyambut ramadhan bagi kali ini, harapnya dapat aku penuhkan 'aktiviti' di bulan yang dimuliakan ini dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan..

tanggungjawap sebagai bapa di rumah, sahabat dalam masyarakat dan ketua dalam perniagaan sendiri mmg memeritkan sebenarnya..benar sekali, tanggungjawap ini bukan sekadar dalam tulisan malahan bukan setakat perasaan, tetapi yang lebih penting adalah perjalanaan yang dilalui dengan penuh 'keseronokan dan kematangan'..

setiap malam,rutin aku seperti biasa, melayan komputer, astro yang tak pernah berhenti dengan cerita-cerita berulang dan melayan kerenah anak-anak yang dapat menghilangkan banyaknya kegelisahan dalam kehidupan ini..

tapi tahun ini, setakat 10 ramadhan, baru 3 kali aku menunaikan terawih..bagus jgk aku ni :)..baru 2 kali berbuka di rumah bersama keluarga, selebihnya di luar bersama isteri tercinta. bukan sengaja tetapi hampir semuanya di mydin, menguruskan bbrapa perkara di kedai isteri..

setakat aku menulis ini, aku baru blk dari rumah seorang kenalan di putra height, hampir 2 jam dirumah beliau..sepanjang kami bersembang dan berbicara mengenai cerita-cerita zaman lampau kami, ada satu episod cerita yang menarik. kebetulannya beliau juga peniaga, iaitu peniaga kedai makan di UM..episod itu mengenai kesibukan orang ramai terutama peniaga berniaga pelbagai barang dan menjadikan bulan ramadhan adalah bulan yang paling tinggi jualan dengan keuntungan yang melampau dan bagi orang yang makan gaji pula, sibuk memikirkan bonus atau duit tambahan untuk dibelanjakan sewaktu tiba hari raya..pada masa itu, terlintas satu idea dari mulut aku yang aku pun tak terfikir iaitu, 'ramadhan setiap tahun ni untuk sambut raya atau raya tu hanya satu hari yang diberitahu oleh penciptanya sebagai hari kemenangan bagi makluk2 yang 'berpuasa'...banyak jgk la input2 dan idea-idea keluar dari kami masa tu..

yang menariknya adalah, beliau menyalahlahkan media masa dan golongan-golongan tertentu kerana banyak membuat iklan dan propaganda yang menyebabkan ramadhan hanyalan satu bulan yang diwajibkan dan seterusnya berhari raya..akhirnya, ramai orang akan paham bahawa, ramadhan ni hanyalah tuntutan dalam rukun islam dan selebihnya untuk sambut raya..

menarik jgk idea dari kawan saya tu..disaat aku menulis ni, aku terfikir ttg pandangan aku sendiri tadi dan idea kawan aku td.....................................

Saturday, May 22, 2010

Permulaan Bermula...

akhir-akhir ini, sukar untuk aku tidur, biasanya juga mmg sudah menjadi kebiasaan tidur lewat tetapi, jam 3am biasanya mata sudah dipanggil sofa..tetapi seminggu ini, bermula dari 12may2010 rasanya, kadang-kadang hingga ke subuh dan sambung terus hingga keluar kerja..

dalam seminggu ini juga, satu lagi sejarah dalam hidup aku diukir, menghabiskan sisa-sisa akhir sebagai pelajar adalah suatu yang sangat perit terutama keadaan aku sekarang memegang tanggungjawap sebagai ayah, suami dan ketua pada perniagaan aku..perbagai dugaan mendatang, dari hal rumah hingga la ke perniagaan aku..semuanya aku lalui dengan penuh kebijaksanaan. tentang hal sebagai pelajar pula, dugaan akhir mmg penuh cabaran, benar kata ilmuan, mencari ilmu ni, senang sebenarnya, susah sedikit akan dirasai masa akhir menuntut..itu la yang aku rasai..
tetapi, syukur, aku lalui semuanya dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan..

satu perkara lagi yang sering hadir dalam fikiran aku adalah, aku selalu teringatkan ayah aku, barangkali disaat aku cuba menunaikan pesanan akhirnya..dia selalu datang dan melihat aku untuk pastikan aku di landasan dan memastikan aku tidak leka dan patah semangat...
abah, anakmu akan cuba menunaikan pesanan kedua mu...

Tujuan di Blog ini....

ingin merakamkan seluruh perjalanan kejayaan kehidupan, sebagai ketua keluarga dan kejayaan serta dalam perniagaan...
Dedikasi Untuk semua sahabat-sahabat yang TELAH dan AKAN bersama dalam menuju visi yang SATU...


Jadilah Yang Terbaik...

'...kalau kau tak boleh menjadi sepohon cemara di puncak gunung
jadilah sepohon melati di tepi bukit
kalau kau tak boleh menjadi sepohon melati di tepi bukit
jadi lah selengkar belukar di pinggir lembah
jadilah setompok rumput
buat menghias di tepi halaman...'


Partner in The Learning Process...